CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 19, 2012

19 ApriL 2012







kerana redha dan restu Mu, Engkau hadirkan cinta Khadijah untuk Muhammad..
kerana redha dan restu Mu, Engkau hadirkan cinta Hawa untuk Adam..
kerana redha dan restu Mu, Engkau hadirkan cinta Zulaikha hanya untuk Yusuff..
kerana redha dan restu Mu, Engkau hadirkan cinta Balqis di samping Sulaiman..
kerana redha dan restu Mu, Engkau hadirkan cinta Sarah melewati hati Ibrahim..

 Ya Allah.. Andai keredhaan dan restu Mu tidak hadir untuk menghadiahkan aku cinta, Kau kuatkanlah aku seperti Rabiah untuk menggalas cinta Agung hanya untukMu.. dan kuatkanlah aku seperti insan setabah Salman untuk menghadapi setiap ujian Mu.. Agar tidak nanti aku terkapai kapai di saat menantikan hadir srikandi buatku..

kekuatan jiwa itu yang pasti.. setiap insan akan melewati rasa cinta serta ketabahan dan kekuatan daripada Mu..

Ya Allah.. sentiasalah meredhai jalanku sehingga aku di tamatkan dan ditakdirkan menghadapMu..

No comments:

Post a Comment

comment :